Permainan Boneka yang Asik Sekaligus Mendidik

Permainan Boneka yang Asik Sekaligus Mendidik

Permainan Boneka yang Asik Sekaligus Mendidik – Boneka merupaka sebarang objek yang digeraklakonkan sama ada secara sentuhan atau arahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja objek dapat dijadikan boneka sekiranya objek digerakkan oleh pemain. Sewaktu menggerakkan boneka pemain menghidupkan eatak menerusi dialog atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

Permainan Boneka yang Asik Sekaligus Mendidik

Boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati sesebuah cerita denganpenuh tumpuan disamping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah pendedahan berkomunikasi, melahirkan idea yang kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang daya imaginasi.

Selain itu, penggunaan boneka dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya. Dan berikut ini jenis-jenis permainan boneka yang sangat bermanfaat untuk anak-anak.

Boneka Sarung Tangan – Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

Boneka lidi – Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Wayang Kulit – Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Boneka Bertali – Boneka bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Comments are closed.